Tuesday 23 April 2013

Risau Rambut GUGUR akibat lepas bersalin?


Rambut gugur terlalu banyak bersepah di atas lantai.

          Kehadiran cahayamata sangat membahagiakan. Saat mengandung adalah saat yang dinantikan oleh setiap wanita yang berumahtangga. Namun, amat menggusarkan apabila berlaku rambut gugur terlampau banyak selepas ibu bersalin. Rambut adalah MAHKOTA wanita.  Di lantai, boleh dilihat rambut gugur di sana sini. Rambut gugur juga melekat di sikat, di bantal serta di bilik mandi. Biasanya perkara ini berlaku selepas 2-3 bulan kelahiran bayi. Ini sebenarnya perkara normal bagi kebanyakan wanita. Orang tua selalu berkata, bayi menyembur liur akan menyebabkan rambut si ibu gugur.


Risau rambut gugur terlau banyak.
 
                Kenapa rambut gugur berlaku selepas bersalin? Sebenarnya semasa mengandung, paras hormon ESTROGEN  meningkat dalam  badan wanita. Estrogen ini menyebabkan pertumbuhan rambut yang banyak semasa mengandung. Semasa mengandung, didapati rambut wanita akan lebih banyak, tebal, sihat dan bersinar. Kadang-kadang, bulu roma juga akan didapati lebih banyak. Apabila melahirkan anak, paras hormon Estrogen akan turun kembali ke paras normal. Jadi, selepas 2-3 bulan kelahiran bayi, rambut akan mula gugur selaras dengan hormon yang seimbang. Semasa ini, bayi sememangnya mula menyembur air liur. Jadi, teori orang tua memang betul. Rambut ibu gugur jika bayi menyembur liur. Keguguran rambut adalah normal sehingga umur bayi setahun. Jika bayi sudah lebih setahun umurnya, tetapi masih lagi keguguran rambut, ibu perlu mengambil perhatian masalah ini.


Akibat rambut gugur sehingga hampir botak!


Mari kita tengok gejala-gejala keguguran rambut ni dengan lebih jelas:

 

Keguguran Rambut Kekal

Androgenetik alopecia
Bagi lelaki, corak kebotakan boleh bermula dari awal, walaupun pada usia remaja atau awal 20-an. Ia biasanya dicirikan oleh garis rambut yang mulai surut surut di sisi dahi dan botak di bahagian atas kepala. Hasil akhir boleh botak separa atau botak terus.
Bagi wanita, biasanya mempunyai keguguran rambut bermula dengan penipisan di bahagian depan, sisi atau bahagian atas . Wanita biasanya mengekalkan garis rambut depan mereka dan jarang mengalami kebotakan lengkap.
Cicatricial alopecia
Keadaan ini jarang berlaku apabila berlaku keradangan terhadap folikel rambut. Parut yang terhasil menyebabkan keguguran rambut yang berkekalan. Kadang-kadang ia bermula dengan penyakit dengan gatal-gatal atau sakit lain.

Keguguran Rambut Sementara

Alopecia areata
Keguguran rambut jenis ini biasanya berlaku setempat. Ia boleh menyebabkan kehilangan rambut setengah-setengah di mana-mana kawasan yang mempunyai rambut, termasuk kening, bulu mata dan janggut. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia boleh maju menyebabkan keguguran rambut di seluruh badan. Jika kehilangan rambut termasuklah kulit kepala anda, keadaan ini dipanggil alopecia totalis. Jika ia melibatkan seluruh badan anda, ia dipanggil alopecia universalis. Kesakitan dan gatal-gatal boleh menjadi penyebab kehilangan rambut, tetapi gejala yang selalunya minimum.
Effluvium Telogen
Jenis keguguran rambut yang sementara ini berlaku secara tiba-tiba, paling kerap selepas penyakit yang ketara atau tekanan perasaan. Segenggam rambut boleh keluar apabila menyikat atau membasuh rambut anda atau mungkin akan jatuh walaupun diusap dengan lembut. Keguguran rambut jenis ini biasanya menyebabkan keseluruhan penipisan rambut dan tidak sampai botak.
Traction alopecia
Kesan botak boleh berlaku jika anda sering memakai gaya rambut tertentu, seperti pigtails, tocang atau cornrows, atau jika anda menggunakan penggelek yang ketat. Kehilangan rambut biasanya berlaku antara baris atau pada bahagian di mana rambut ditarik ketat.
Effluvium Anagen
Keguguran rambut jenis ini disebabkan oleh kimoterapi.

 

Punca-Punca Keguguran Rambut Yang Biasa

Demam yang teruk
Selepas mengalami demam yang teruk biasanya seseorang akan mendapati rambutnya mengalami keguguran yang agak serius. Namun ia akan kembali normal.
Melahirkan anak
Tindakbalas hormon menyebabkan seorang ibu yang melahirkan anak mengalami masalah keguguran rambut yang serius. Namun ia akan pulih dalam tempoh 6-12 bulan.
Kekurangan protein
Pengambilan protein yang tidak mencukupi dan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan rambut mengalami masalah. Ini kerana rambut dibina oleh protein.
Pengambilan ubat-ubatan
Sesetengah ubat boleh menyebabkan keguguran rambut berlaku, misalnya ubat darah tinggi, ubat gout dan sebagainya.
Menghidapi penyakit
Keguguran rambut juga boleh manjadi simptom kepada penyakit-penyakit yang mungkin anda tidak sedar sedang menghidapnya. Jalani pemeriksaan sekiranya anda mengalami keguguran rambut yang teruk dengan keadaan kesihatan yang agak tidak memuaskan.



Vitamin yang diperlukan bagi merawat rambut gugur:

  • Vitamin D, E, dan C.
  • Minyak Kelapa Dara / Virgin Coconut Oil
  • Zat besi.
  • Protein

Apa yang anda perlu lakukan jika rambut gugur berterusan:

  1. Tukar shampoo kepada yang lebih organik. Jangan ada campuran kimia dalam shampoo tersebut. 
  2. Kurangkan stress, jaga pemakanan yang seimbang dan lakukan senaman 3 kali seminggu.
  3. Amalkan supplemen MINYAK KELAPA DARA setiap hari. Ia terbukti secara saintifik memperbaiki struktur kulit dan rambut dari dalam. Ia membantu menyeimbangkan hormon dalam badan dan meningkatkan antibodi manusia.
  4. Selalu perap kepala dengan minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara diketahui mampu menyembuhkan rambut gugur yang serius kerana ia sendiri kaya dengan Vitamin E, D dan C.
  5. Gunalah VIGOURZ PERAPI RAMBUT kerana ia sememangnya dirumus khas untuk rambut gugur dan memperbaiki struktur kulit kepala bermasalah seperti kelemumur, rambut rosak dan rambut bercabang. Menariknya ia adalah 100% ORGANIK, maknanya tiada bahan kimia. Dan ia juga menghilangkan rambut berbuah!
VIGOURZ PERAPI RAMBUT.
AGEN DIPERLUKAN!

                Vigourz Perapi Rambut adalah berasaskan minyak kelapa dara, enriched with VITAMIN E and Active herbs. Ia 100% ORGANIK dan tiada bahan kimia yang ditambah. Uniknya ia adalah dalam bentuk minyak, dan bukannya krim seperti dalam kebanyakan produk di pasaran. Untuk pengetahuan semua, asas krim itu sendiri adalah bahan kimia yang memberi kesan membantut pertumbuhan rambut. Jangan kecewa apabila anda telah menggunakan krim rambut berasaskan minyak kelapa dara, namun tiada hasil yang positif dan mengecewakan. Vigourz Perapi Rambut adalah minyak kelapa dara dirumus bersama dengan herba-herba seperti pati kunyit, pati bawang, herba hutan, pati gondang emas dan herba-herba lain yang membantu perbaiki masalah di kulit kepala. Ia bukan sahaja mengatasi masalah rambut gugur dan botak, ia juga boleh disapu pada luka-luka, kudis, gatal-gatal, gigitan serangga, memudarkan parut termasuk parut jerawat, menghilangkan crack pada tumit kaki, menghaluskan kulit, dan mengecutkan jerawat. Jangan risau, ia 100% organik dan sangat alami. Jika anda pencinta alam, pastinya anda lebih suka menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk merawat masalah pada diri sendiri bukan!
           

AGEN DIPERLUKAN!

                 Vigourz Perapi Rambut ini sangat harum dan tiada bau minyak kelapa langsung. Aromanya ialah limau purut. Tentu anda pernah dengar petua untuk hilangkan kelemumur dan menyuburkan rambut, iaitu dengan perapkan rambut dengan campuran pati santan dan limau purut selama 2 jam. Sekarang tak perlu susah-susah lagi cari pati santan dan lebih teruk, mana nak cari limau purut kan! Cuma spraykan Perapi Rambut ni kat kulit kepala pagi dan malam. Buat macam minyak rambut je.. Nanti kelemumur hilang dan rambut subur bersinar. Tapi yang bestnya, Vigourz Perapi Rambut ni akan serap ke dalam rambut dan kulit kepala, selepas 15 minit anda akan dapati ia tak berminyak langsung! Ia adalah partikel yang sangat halus, sangat mudah resap ke dalam kulit dan rambut untuk perbaiki struktur rambut dari dalam.

              Vigourz Perapi Rambut ni boleh digunakan oleh semua orang, lelaki mahupun perempuan. Kanak-kanak pun boleh gunakan Perapi Rambut ni. Produk ini adalah produk terlaris akibat dari KEMUJARABANnya. Belum cuba belum tahu.. Bila dah cuba, pasti order lagi.


                         Jika berminat, LIKE PAGES FB: Tips kesihatan & kecantikan harian. Kemudian sms ke 013-9655480.

Pengguna VIGOURZ PERAPI RAMBUT


AGEN DIPERLUKAN DI SELURUH NEGARA!





TESTIMONI:

  1. Pengalaman rambut gugur yang serius lepas bersalin sangat merisaukan saya. Rambut di kepala semakin jarang, hingga menampakkan kulit kepala. Saya mencuba produk Vigourz Perapi rambut ni, Alhamdulillah selepas sebulan mencuba, rambut sudah tidak gugur lagi. Terima kasih Vigourz.                                                                                                                       Puan Aslina, Kuala Lumpur.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          
  2. Rambut saya gugur sangat teruk. Kulit kepala hampir botak. Masalah ini berlaku sejak melahirkan anak pertama saya sehingga sekarang, iaitu sudah masuk 4 tahun. Berbagai produk telah saya guna. Berbagai-bagai jenis shampoo, conditioner, produk-produk lain, namun kesemuanya menghampakan. Saya mencuba produk Perapi Rambut ini hanya selama 3 minggu, saya sudah nampak perubahan. Anak-anak rambut baru mulai tumbuh dan rambut berhenti gugur.Mungkin kerana bahan-bahan dalam Perapi Rambut Vigourz ini adalah 100% bahan semulajadi, dan ia telah dibacakan ayat-ayat Syifa', alhamdulillah saya sudah menjumpai penawarnya.                                                                                                                                                                              Puan Nora, Kota Bharu, Kelantan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  
  3. Saya seorang pelajar universiti dan sibuk dengan jadual kuliah yang padat. Asingment juga terlalu banyak, menyebabkan saya selalu keluar mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan-tugasan saya. Saya rasa kehidupan saya sangat teruk! Kenapa saya mengalami rambut gugur yang teruk sehingga rambut hampir botak? Nasib baik saya bertudung. Roomate saya selalu menegur rambut saya bersepah di dalam bilik. Kemudian saya disyorkan oleh kakak saya yang menggunakan produk Vigourz untuk mengatasi masalah rambut saya. Kakak saya pun rambut gugur akibat lepas bersalin. Saya mengamalkan VIGOURZ EXTRA VIRGIN COCONUT OIL sebagai supplemen harian saya dan VIGOURZ PERAPI RAMBUT untuk atasi masalah rambut gugur ini. Alhamdulillah, dalam masa 2 minggu sahaja, rambut sudah berhenti gugur lagi dan anak-anak rambut baru mulai tumbuh. Syukur Alhamdulillah Allah telah temukan saya dengan penawar masalah saya ini. Jika anda mengalami rambut gugur, cubalah produk ini. Insyaallah, sangat-sangat membantu dengan cepat! Rambut pun menjadi lebih lembut, subur, hitam pekat bersinar!                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Miss Amanda, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
  4. Pada asalnya, saya menggunakan Vigourz Perapi Rambut kerana risau rambut gugur selepas melahirkan anak. Suami saya yang mengalami botak di tengah turut cuba memakai Vigourz Perapi Rambut ini bersama saya. Apa yang saya perhatikan, kawasan botak suami saya mula ditumbuhi anak-anak rambut baru selepas 4 minggu beliau menggunakan spray ini. Alhamdulillah kerana Vigourz Perapi Rambut ini sangat mujarab dan berkesan. Suami saya telah mencuba pelbagai produk lain, namun semuanya mengecewakan. Sekarang keseluruhan kepala suami saya sudah dihitami rambut baru yang sangat subur. Saya sendiri pun telah mempunyai mahkota kebanggaan saya yang sangat sihat, subur dan hitam bersinar.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Puan Zurina Kassim, Kedah.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     AGEN DIPERLUKAN!                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

Saturday 20 April 2013

SYAFAAT NABI MELALUI BERSELAWAT



1.) Mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "
Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong kita di akhirat nanti.

Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis
i) Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
ii) Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
iii) Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
iv) Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
v) Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.


2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w. (dengan izin Allah jua)
Hadis:

Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. "

3. Mendapat keampunan dosa dari Allah s.w.t.
Hadis:

Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. "

Hadis:

Riwayat Ad-Dailami: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun. "

4. Diberi pahala dari Allah s.w.t.
Hadis:

Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya."

5. Mendapat ketenangan jiwa
Hadis:

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu."

6. Mendapat rahmat dari Allah
Hadis:

Riwayat Muslim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali"

7. Mendapat hajat dunia dan akhirat.
Hadis:

Riwayat Ibnu Majar dari Jarir r.a. ; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunia. "

8. Digembirakan dengan syurga.
Hadis::

Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan matt sehingga dia digembirakan dengan syurga. "

9. Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti.
Hadis:

Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan akupada hari kiamat adalah merekayang lebih banyak berselawat kepadaku"

Kelebihan selawat mengikut para ulama
1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2) Ditulis sepuluh kebajikan.
3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4) Diangkat sepuluh darjat.
5) Memperolehi kesempurnaan iman.
6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.
10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.
11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16) Terhindar dari kefakiran.
17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.
19) Terhindar dari orang-orang bakhil.
20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22) Menjadi zakat dan pembersih diri.
23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.
28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.

Friday 19 April 2013

Mesra Herb Marketing Sdn. Bhd.

Mesra Herb Marketing Sdn. Bhd.
Mesra Herb Marketing Sdn. Bhd.


AGEN DIPERLUKAN!


             Syarikat Mesra Herb Marketing Sdn. Bhd adalah syarikat Muslim berpusat di Kelantan Darul Naim, Malaysia. Jenama VIGOURZ ialah keluaran syarikat Mesra Herb Marketing Sdn. Bhd. Produk utama dari syarikat ini adalah berasaskan Minyak Kelapa Dara/ Virgin Coconut Oil. Pegangan utama syarikat adalah mengeluarkan produk-produk yang mujarab dan berkesan dengan bacaan Ayat-Ayat Syifa', dengan harapan produk-produk ini sebagai usaha dalam merawat penyakit dengan izin Allah. Kami percaya kesemua penyakit/musibah semuanya datang dari Allah, dan DIA jualah Maha Menyembuh. Kami berusaha sedaya upaya mencari penawar melalui pengalaman PAKAR HERBA MALAYSIA, ORANG ASLI, BIDAN BERTAULIAH & BIDAN KAMPUNG, ORANG-ORANG LAMA dan sumber-sumber yang dipercayai.  Harapan kami supaya semua pengguna VIGOURZ akan segera sembuh dengan izin Allah dan berpuashati dengan penggunaan produk. Insyaallah, kita semua diberkati dan sentiasa bersandar kepadaNYA.

VIGOURZ adalah jenama/brand keluaran syarikat Mesra Herb Marketing Sdn. Bhd.
VIGOURZ adalah jenama/brand keluaran syarikat Mesra Herb Marketing Sdn. Bhd.


Kesemua produk-produk telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan dijamin HALAL. Antara produk-produk keluaran syarikat Mesra Herb Marketing Sdn. Bhd. ialah:

  1. VIGOURZ  EXTRA VIRGIN COCONUT OIL  (LIQUID)
  2. VIGOUR EXTRA VIRGIN COCONUT OIL ( SOFTGEL)
  3. VIGOURZ  PERAPI RAMBUT 
  4. VIGOURZ  BABY OIL MOMMYCARE
  5. VIGOURZ  ANTI-STRETCH MARK OIL MOMMYCARE
  6. VIGOURZ  VCO SOAP 
  7. SABUN JERAWAT JERAGAT
  8. AROMATIC BODY MASSAGE OIL-GONDANG EMAS
VIGOURZ EXTRA VIRGIN COCONUT OIL (LIQUID)
VIGOURZ EXTRA VIRGIN COCONUT OIL




VIGOURZ PERAPI RAMBUT
VIGOURZ PERAPI RAMBUT



VIGOURZ BABY OIL MOMMYCARE
VIGOURZ BABY OIL MOMMYCARE
 


VIGOURZ ANTI-STRETCH MARKS OIL MOMMYCARE
VIGOURZ ANTI-STRETCH MARKS OIL MOMMYCARE



VIGOURZ VCO SOAP
VCO SOAP





Jika berminat untuk memiliki produk-produk tersebut, bolehlah SMS KE 013-9655480.


AGEN DIPERLUKAN!



Sesiapa yang berminat menjadi agen, pengedar dan stokis, sangat-sangat dialu-alukan. Keuntungan yang besar menanti anda. Sesiapa berminat untuk menjadi agen dropship juga dialu-alukan. Sila SMS ke talian 013-9655480.



AGEN DIPERLUKAN!












Thursday 18 April 2013

ECZEMA?

           Susah betul bila anak terkena ECZEMA. Kesian melihat anak-anak menggaru-garu akibat gatal sehingga tercalar-calar kulit, lagi kesian bila sampai LUKA! Sedih rasanya melihat anak menderita sebegini. Habis semua doktor dah kita jumpa, habis semua farmasi dah kita beli ubat, tapi masih juga tidak sembuh. Bila sapu ubat, hilang sekejap gatal-gatal. Kemudian, tak sampai seminggu sapu ubat, dah datang balik penyakit eczema ni.


Jika eczema di kulit muka sebegini, caranya ialah buihkan sabun di telapak tangan dan lumurkan di wajah terutama di kawasan eczema.Biarkan selama 2 minit, kemudian baru bilas.

Jika eczema di kulit muka sebegini, caranya ialah buihkan sabun di telapak tangan dan lumurkan di wajah terutama di kawasan eczema.Biarkan selama 2 minit, kemudian baru bilas.






          Dari segi perubatan, ECZEMA ni sejenis penyakit genetik kulit dan merupakan penyakit keturunan. Maknanya, jika ibubapa ada ECZEMA, kemungkinan anak pun ada penyakit eczema. Eczema ni tiada ubat, ubat yang diberi hanyalah sebagai antibiotik pada kulit, supaya tiada jangkitan kuman dan mengubati luka-luka pada kulit eczema.

       BERITA BAIK untuk pesakit ECZEMA! Vigourz ada penawar untuk ECZEMA. Pertama sekali, hentikan penggunaan sabun mandian / shower gel yang dijual dipasaran. Ini kerana kandungan chemical dalam sabun mandian tersebut sememangnya meningkatkan alahan eczema pada kulit. Maknanya, bila kita guna sabun mandian tersebut, alahan eczema akan mula timbul ke permukaan kulit. Bila terkena dengan sesuatu yang kita alah, contohnya alahan dengan debu, kita akan mudah rasa gatal dan mula menggaru.

       Gunalah sabun mandian VCO Vigourz dari hujung kepala hingga ke kaki. Kadang-kadang ada juga pesakit yang mengalami eczema di kulit kepala. Caranya ialah buihkan di tapak tangan dan lumurkan keseluruh badan. Sabun keseluruhan kulit terutama sekali di tempat yang memang selalu kena eczema. Tunggu 2 minit, kemudian baru bilas dengan air. Ia akan menyerap masuk ke dalam struktur kulit, merawat dari dalam kulit dan mematikan kuman di permukaan kulit. Sabun VCO VIGOURZ dikayakan dengan vitamin B, C dan Vitamin E untuk mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit baru. Ia juga merawat ruam dan gatal pada kulit. Disamping itu, sabun VCO VIGOURZ ni mencerahkan dan menghaluskan kulit. Jangan risau, sabun VCO ni 100% ORGANIK, bayi seawal 3 bulan sudah boleh menggunakan sabun ini. Baunya juga sangat harum!



SABUN VCO/ VCO SOAP dari Vigourz.
SABUN VCO/ VCO SOAP dari Vigourz.
                         

     

          Sudah ramai pesakit ECZEMA yang sembuh dengan menggunakan sabun VCO ni. Bukan hanya untuk eczema sahaja, untuk ruam-ruam kulit dan gatal pun boleh. Alhamdulillah, mungkin berkat Ayat-ayat Syifa' yang dibacakan, Allah Yang Maha Menyembuhkan. Setakat ni, kesemua pengguna sabun VCO ni memberi feedback yang positif, tiada lagi yang memberi komen yang negatif. Alhamdulillah. Jika anda berminat untuk menghilangkan derita eczema ini, bolehlah SMS ke +6013-9655480. 



AGEN DIPERLUKAN!

 

Areefa Safieya menghidap Eczema sejak dari bayi lagi. Tidak tahan melihat derita anak,  ibu Areefa Safieya memberi makan Vigourz Extra Virgin Coconut Oil satu sudu setiap hari dan menggunakan VCO SOAP sebagai sabun mandian, Alhamdulillah memang tidak terkena ECZEMA lagi. Dia juga menggunakan Vigourz Baby Oil Mommycare setiap kali selepas mandi. Tiada lagi eczema.  SELAMAT TINGGAL ECZEMA!
Areefa Safieya menghidap Eczema sejak dari bayi lagi. Tidak tahan melihat derita anak,  ibu Areefa Safieya memberi makan Vigourz Extra Virgin Coconut Oil satu sudu setiap hari dan menggunakan VCO SOAP sebagai sabun mandian, Alhamdulillah memang tidak terkena ECZEMA lagi. Dia juga menggunakan Vigourz Baby Oil Mommycare setiap kali selepas mandi. Tiada lagi eczema.  SELAMAT TINGGAL ECZEMA!

Monday 15 April 2013

Minyak Kelapa Dara

     

Definisi Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara ialah minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat di dalam buah kelapa tersebut.

Minyak Kelapa Dara Asli

        Minyak kelapa dara diproses secara semulajadi tanpa haba dan bahan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic.
       Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita. Sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, boleh dijadikan minyak rambut atau boleh digunakan semasa bersama hubungan suami isteri dengan melumurkannya ke seluruh badan.

Apakah Khasiat Minyak Kelapa Dara dan Siapakah Yang Boleh Mengamalkannya?

 

 Orang tua, dewasa, remaja, lelaki, wanita, kanak-kanak, bayi, pesakit kronik, wanita mengandung, wanita bersalin, pasangan yang sukar dapat zuriat; mereka semua boleh mengamalkan MINYAK KELAPA DARA. Pendek kata, semua orang boleh.

Ini kerana, kandungan sifat asid laurik yang semulajadi dalam minyak kelapa dara ini sangat sesuai untuk sel-sel dalam manusia, sejak dari baru lahir hingga ke orang tua. Sifatnya  juga mampu melawan pelbagai penyakit termasuk melawan penyakit kronik seperti kanser, alzheimer, parkinson, lumpuh, jantung, jangkitan kuman dan pelbagai lagi. 



Kecantikan  Luaran:
  • Minyak Kelapa Dara sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis buta, kurap, panau, bersisik, ruam, ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat , telinga benanah,   serta resdung, batuk kering, sakit kuning dan lain-lain.
  • Minyak Kelapa Dara membantu mengurangkan berat badan dan kegemukan berlebihan dengan meningkatkan angka metabolik
  • Minyak Kelapa Dara digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga dengan pilihan untuk disimpan sebagai  lemak-lemak dieter yang lain.
  • Minyak Kelapa Dara jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus.
  • Minyak Kelapa Dara mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
  • Minyak Kelapa Dara melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan  kulit anda.
  • Minyak Kelapa Dara mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur.


Kesihatan Dalaman :
  • Minyak Kelapa Dara meningkatkan tenaga dan daya tahan dari segi fizikal dan mental (atlit sukan US & Eropah banyak menggunakannya).
  • Minyak Kelapa Dara memperbaiki dan mengurangkan masalah kesakitan pencernaan serta penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak.
  • Minyak Kelapa Dara melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetes.
  • Minyak Kelapa Dara mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh serta membawa fungsi thyroid.
  • Minyak Kelapa Dara meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga, melindungi diri dari serangan osteoprosis.
  • Minyak Kelapa Dara memperbaiki kinerja dan mencegah risiko sakit jantung kerana minyak ini tidak mengandungi kolestrol yang tinggi pada darah.
  • Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.





Meningkatkan Daya Tahan Tubuh :
  • Minyak Kelapa Dara mengandungi dan membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser, seperti kanser payudara dan kanser colon.
  • Minyak Kelapa Dara berfungsi sebagai antioksidan seta mengurangkan radang kronik.
  • Minyak Kelapa Dara membantu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
  • Minyak Kelapa Dara meredakan gejala-gejala yang dihubungkan degan benign ”Prostatic Hyperplasia”  (pembesaran prostate).
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi kandung kemih.
  • Membantu mencegah sakit Lever dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain.





Membunuh Virus, Bakteria dan Kulat :
  • Minyak Kelapa Dara membunuh virus yang menyebabkan Mononucleosis, Influenza, Hepatitis C, cacar air dan Herpes.
  • Minyak Kelapa Dara membunuh bacteria yang menyebabkan Pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, Meningitis dan Gonorrhea.
  • Minyak Kelapa Dara membunuh kulat yang menyebabkan Cabdida, Jock Itch, kadas dan infeksi yang lain.
  • Minyak Kelapa Dara melemahkan dan membunuh cacing pita, lice, giardia dan parasit.
  • Minyak Kelapa Dara membunuh kulat, bakteria dan virus.



Hubungan Suami Isteri
  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastic).
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).
  • Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).





 VIGOURZ Extra Virgin Coconut Oil
 Saiz = 140ml
Bahan-bahan :
100% Minyak Kelapa Dara
Dos (Cara guna)
Dewasa : 1 sudu makan, 2 kali sehari.
Kanak-kanak : 1 sudu makan, 2 kali sehari.
Kegunaan:
  • Minyak Kelapa Dara  Menjaga kesihatan tubuh.
  • Minyak Kelapa Dara  Menyembuhkan penyakit seperti kanser, penyakit jantung, obesiti, dan strok.
  • Minyak Kelapa Dara Kandungan antioksidan di dalamnya adalah sangat tinggi.
  • Minyak Kelapa Dara Tokoferol dan Betakaroten, ia berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.
  • Minyak Kelapa Dara Sesuai untuk diminum, disapukan pada kulit, sebagai bahan pengilat rambut atau boleh digunakan untuk hubungan suami isteri dengan menyapukannya ke seluruh badan.
Harga : RM 39.90 sebotol

Thursday 4 April 2013

Anak Adalah Anugerah

anak sambut ibu konvo
Seronoknya anak-anak sambut ibu konvokesyen bersama-sama.


              Alam perkahwinan amat berseri dengan kehadiran cahayamata. Anak-anak sememangnya membawa kebahagiaan kepada rumahtangga. Ibubapa sangat prihatin kepada perkembangan anak-anak, sejak dari bayi hingga dewasa. Kesihatan anak-anak perlu dititik beratkan. Anak adalah anugerah..Anak adalah amanah, dan anak adalah ujian. Jadi, bersama-sama kita membina keluarga bahagia, pimpinlah tangan anak-anakmu menuju ke Syurga.







      Ini adalah contoh PELAPIS GENERASI ULAMA' besar kita di masa hadapan. Didiklah anak-anakmu menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga mereka akan sentiasa memelihara dan mendoakan kita sewaktu kita hidup dan mati, kerana MATI ITU PASTI. Merekalah menjadi bekal kita di akhirat sana, Insyaallah.


Ahmad Ammar Youssef berusia 4 tahun lebih telah hafaz Al-Quran beberapa surah. Semoga beliau dipelihara oleh Nya.
Ahmad Ammar Youssef berusia 4 tahun lebih telah hafaz Al-Quran beberapa surah. Semoga beliau dipelihara oleh Nya.